Monday 28 November 2011

Bentuk 2-D.

1. SEGI TIGA





Definisi: Suatu bentuk yang dibuat daripada tiga sisi yang berupa garis lurus dan tiga sudut.

Klasifikasi segi tiga.

  • Segi tiga sama sisi adalah segi tiga yang ketiga sisinya sama panjang. Serta semua sudutnya juga sama besar, iaitu 60o.
  • Segi tiga sama kaki adalah segitiga yang dua dari tiga sisinya sama panjang. Segitiga ini memiliki dua sudut yang sama besar.
  • Segi tiga tak sama kaki adalah segitiga yang ketiga-tiga sisinya berbeza panjangnya. Besar semua sudutnya juga berbeza.


2. BULATAN



Definisi:  Dalam bidang matematik , bulatan ditakrifkan sebagai lokusbagi titik yang bergerak dari satu titik tetap pada jarak malar. Jarak tersebut dikenali sebagai jejari (lazimnya ditandakan dengan simbol j atau r), manakala titik tetap tersebut dikenali sebagai titik tengah atau pusat(lazimnya ditandakan dengan simbol O atau θ).
Dua kali ganda jejari dikenali sebagai diameter.  Diameter boleh juga ditakrifkan sebagai tembereng garis yang melalui titik tengah, dengan kedua-dua hujungnya menyentuh hujung bulatan.


 

No comments:

Post a Comment